BUKU : ISU-ISU KAUNSELING DI MALAYSIA

Akan datang ...

BUKU : KOD ETIKA PERKAMA (SEMAKAN 2008)

Akan datang ...

BUKU : PENULISAN KES KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA


Buku ini telah diterbitkan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Ianya menghuraikan metode kes kaunseling. Ia juga mengukur sejauh mana ilmu psikologi dan praktis kaunseling memberi kesan untuk menangani masalahm pembentukan peribadi dan stability psche klien.

Jilid kajian kes mempamerkan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang secara langsung menejelaskan akauntabiliti Guru Bimbingan dan Kaunseling. Buku ini tentunya boleh menjadi rujukan (point of reference) sebagai keperluan guru bimbingan dan kaunseling memeriksa strategi yang digunakan bagi tujuan peningkatan profesionalisme yang akan menyumbang kepada kajian dan penyelidikan selanjutnya.

Buku ini mengandungi 57 kelompok kes yang terdiri daripada 38 kes yang berkaitan dengan psikososial, 10 kes berkaitan personal, 4 kes berkaitan keluarga, 2 kes displin, 2 kes berkaitan akademik dan 1 kes berkaitan kerjaya. Buku kajian kes ini ditulis oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling dari seluruh negara yang mempunyai latarbelakang kelulusan pengajian dalam bidang psikologi, bimbingan dan kaunseling, klinikal kaunseling, psikologi sumber manusia yang akan melatari persepsi dan pengamatan mereka terhadap kes-kes yang dikendalikan. Pelbagai dimensi kaedah yang akan memperkayakan sumber ketamadunan ilmu kaunseling.

Oleh itu, buku ini sememangnya adalah buku yang sangat berguna untuk menjadi rujukan buat semua golongan masyarakat untuk membantu memahami dan sekaligus dapat membantu kita melihat sebab-musabab tingkahlaku seseorang itu.

Kod :
B0001

Harga :
RM30.00


Pos Laju:
RM6.00 (Semenanjung Malaysia)
RM8.00 (Sabah & Sarawak)